Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PNB sumbang lebih RM2.58 juta zakat kepada TBS
  • SEMASA

PNB sumbang lebih RM2.58 juta zakat kepada TBS

Utusan Sarawak 5 months ago
TUN Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM2,586,875 PNB kepada TBS di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri Sarawak, hari ini.Foto Ihsan ASTANA NEGERI SARAWAK

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini telah menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM2,586,875 daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bagi tahun kewangan 2023.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan majlis tersebut yang berlangsung di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri Sarawak turut dihadiri oleh YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda serta delegasi PNB yang terdiri daripada pengurusan tertinggi syarikat.

Selain itu, beberapa pegawai kanan TBS juga turut hadir bagi menyaksikan penyerahan zakat tersebut.

Antara yang hadir, Pengurus Besar TBS Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie, Timbalan Ketua Sektor Operasi TBS Ustaz Mohammad Yusree Mohd Zain serta Ahli Lembaga Pengarah PNB dan pegawai-pegawai kanan PNB yang lain.

Tun Wan Junaidi pada majlis berkenaan merakamkan penghargaan kepada PNB atas keprihatinan mereka dalam menunaikan tanggungjawab sosial melalui pembayaran zakat perniagaan ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat Islam di negeri Sarawak.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pindaan langkah penting pastikan Akta 258 terus relevan
Next: Sarawak intip kerjasama Jepun dalam pemindahan teknologi industri e-metanol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.