Tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihat

Facebook
WhatsApp
SERIAN merekodkan bacaan IPU tertinggi 229, diikuti Lubok Antu 206 dan Tebedu 204, yang kesemuanya berada pada tahap sangat tidak sihat setakat 8.00 malam ini.

KUCHING: Keadaan kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila tiga stesen pemantauan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat 8.00 malam ini.

Serian kekal mencatat bacaan tertinggi dengan IPU 229, diikuti Lubok Antu (206) dan Tebedu (204), ketiga-tiganya berada dalam kategori sangat tidak sihat.

Bacaan di Serian meningkat daripada (218) pada 4.00 petang, manakala Lubok Antu melonjak daripada (196) kepada (206) dan Tebedu daripada (198) kepada (204), sekali gus menyaksikan dua kawasan itu beralih daripada tahap tidak sihat kepada sangat tidak sihat.

Sementara itu, Lundu merekodkan IPU 199 dan hanya dua mata di bawah paras sangat tidak sihat, diikuti Sri Aman (190), Samarahan (188) dan Kuching (183).

Betong (MCAQM) pula mencatat bacaan 174, Kanowit (168), Sarikei (159), Bintulu (157), Samalaju (155), Sibu (154), Mukah (126), Miri (111), ILP Miri (105) dan Lawas (103), kesemuanya pada tahap tidak sihat.

Tiga stesen yang masih berada pada tahap sederhana ialah Kapit dengan bacaan (89), Limbang (78) dan Bario (57).

Secara keseluruhan, tiga stesen merekodkan IPU sangat tidak sihat, 14 stesen tidak sihat dan tiga lagi sederhana setakat 8.00 malam.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihat

KUCHING: Keadaan kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila tiga stesen pemantauan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat