Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, isteri selamat tiba selepas percutian rasmi
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, isteri selamat tiba selepas percutian rasmi

Utusan Sarawak 4 months ago
Foto Ihsan ASTANA NEGERI SARAWAK

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), 1.30 tengah hari, semalam.

Mereka tiba menggunakan pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah setelah selesai menjalankan percutian rasmi ke beberapa destinasi di Semenanjung Malaysia.

Tun Wan Junaidi dalam satu kenyataan menerusi laman media sosial Facebook rasmi beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas layanan mesra serta kerjasama erat sepanjang kunjungan mereka di kedua-dua negeri tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota protokol, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Dalam kenyataan itu juga, beliau menyatakan penghargaan terhadap dedikasi dan keprihatinan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran perjalanan, keselamatan, dan keselesaan sepanjang lawatan rasmi ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: OSEIC Miri dijangka beroperasi Jun ini
Next: Dasar pasang MTU meresahkan nelayan Sarawak – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.