Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi dijangka hadir  majlis makan malam Gawai Dayak 22 Jun ini
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi dijangka hadir  majlis makan malam Gawai Dayak 22 Jun ini

Utusan Sarawak 11 months ago
KUNJUNGAN hormat diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat  Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bertujuan menjemput Tun Dr Wan Junaidi bagi menghadiri majlis makan malam Gawai Dayak pada 22 Jun ini. FotoUKAS

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2024 di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Kunjungan hormat diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat  Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bertujuan menjemput Tun Dr Wan Junaidi bagi menghadiri majlis makan malam tersebut pada 22 Jun ini.

“Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga dijangka menghadiri majlis makan malam tersebut.

“Pihak jawatankuasa telah memberi taklimat dan kami sangat gembira kerana Tun Dr Wan Junaidi berbesar hati menerima jemputan ini,” ujarnya.

KUNJUNGAN hormat diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat  Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bertujuan menjemput Tun Dr Wan Junaidi bagi menghadiri majlis makan malam Gawai Dayak pada 22 Jun ini. FotoUKAS

Kunjungan hormat itu antara lain untuk menjemput Tun Dr Wan Junaidi untuk menghadiri ‘Harmony Walk’ yang akan berlangsung pada 29 Jun depan.

“Program ‘Harmony Walk’ ini akan menampilkan peserta daripada pelbagai kumpulan agama dan kami menjangkakan 5,000 peserta akan turut hadir” katanya.

‘Harmony Walk’ merupakan acara berjalan kaki sejauh dua kilometer (km) bermula dari Padang Merdeka yang melibatkan Persatuan Gereja Sarawak, Persatuan Buddha Malaysia cawangan Sarawak, Persekutuan Persatuan Kuil Sarawak, Persatuan Kuil Sikh Sarawak, Majlis Rohani Bahá’í Sarawak, Pusat Maklumat Islam Sarawak dan lain-lain.

Continue Reading

Previous: Gentian optik pelengkap rangkaian internet pedalaman Sarawak
Next: Program TVS Spotlight Gawai Kaamatan 2024 refleksi perpaduan negeri  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.