Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tumpahan minyak di simpang KJD, bomba tabur habuk kayu
  • Tengah
  • WILAYAH

Tumpahan minyak di simpang KJD, bomba tabur habuk kayu

Utusan Sarawak 7 months ago

DIBERSIHKAN.....Anggota bomba membersihkan permukaan jalan raya yang tercemar dengan tumpahan minyak akibat kemalangan. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Satu kes tumpahan minyak berlaku di jalan Sungai Bakong, simpang KJD di sini petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.59 petang. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, Hilary Pitre Ambit dan lima anggota bomba bergegas ke lokasi tumpahan minyak. 

“Setibanya di lokasi, didapati tumpahan minyak berlaku di atas permukaan jalan raya selepas menuruni jejambat Bakong dari arah Sibu ke Sarikei. 

“Tumpahan minyak berlaku disebabkan kemalangan melibatkan dua kenderaan berat jenis treler,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, pasukan bomba menggunakan salur bantu mula air tangki jentera dan cecair buih untuk membersihkan tumpahan minyak di atas permukaan jalan. 

“Setelah selesai dibersihkan, permukaan jalan ditabur habuk kayu. 

“Operasi membersihkan tumpahan minyak dijalankan dalam tempoh lebih kurang 53 minit. 

“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada jam 3.08 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Orang ramai kini boleh berulang-alik 24 jam Marudi-Miri
Next: Tiong Sii dipilih semula Pengerusi SUPP Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.