Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tumpahan minyak di Jalan Nanas, Sarikei
  • WILAYAH

Tumpahan minyak di Jalan Nanas, Sarikei

Utusan Sarawak 4 months ago

TUMPAHAN MINYAK...Pasukan bomba menabur habuk kayu untuk menutup tumpahan minyak di Jalan Nanas. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Tumpahan minyak telah berlaku di Jalan Nanas, di sini hari ini yang memaksa pihak bomba menabur habuk kayu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.20 pagi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh ketua operasi, Lau Heng Sing bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat tumpahan minyak berlaku di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, pasukan bomba menabur habuk kayu untuk menutup keseluruhan tumpahan minyak tersebut. 

“Operasi di lokasi selesai dalam tempoh lebih kurang 11 minit. 

“Khidmat khas menutup tumpahan minyak selesai sepenuhnya pada 9.35 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: 13 anggota bomba jalani UKTK
Next: Lima rumah panjang terjejas banjir terima 266 kit makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.