BINTANGOR: Sebanyak tujuh projek menaik taraf jalan kini telah siap dilaksanakan di Meradong di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR).
Kerja naik taraf jalan tersebut dimohon melalui Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.
Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei bersama ahli pasukan Pusat Khimat Wakil Rakyat P208 Sarikei telah membuat peninjauan projek siap di sini.
Tujuh projek naik taraf jalan yang telah siap dilaksanakan adalah jalan Yin Ho di Sungai Pilit, Jalan Puan Leh Yii di Sungai Meradong, Jalan Ling Kuok Fung, Jalan Ming Kwong di Sungai Bakong, Jalan Bas Sekolah Ting di Jalan Sungai Bakong-Meradong, Jalan Chieng Nguok Lee di Jalan Sing Hua dan Jalan Soong Lee di Jalan Soon Ming.
Gung Chiu Kion selaku wakil Tiong Sii turut hadir bagi menyaksikan penyerahan kerja siap PMR tersebut.
Dalam pada itu, penduduk setempat menzahirkan penghargaan kepada Tiong Sii yang sentiasa menyantuni rakyat melalui program menaik taraf infrastuktur luar bandar.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai JKR Bahagian Sarikei iaitu Markhzen Rahman, Siti Nursalmah dan Nurashikin.
Oleh Earl Anek