Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • TUJUH MAUT dalam letupan pusat pengajian agama
  • GLOBAL

TUJUH MAUT dalam letupan pusat pengajian agama

Utusan Sarawak 5 years ago
PERIKSA LOKASI…Anggota pasukan keselamatan memeriksa lokasi letupan di dalam sebuah madrasah di Peshawar, Pakistan.• Foto AFP

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak terbunuh dan 70 yang lain cedera pada Selasa dalam satu letupan di sebuah institusi pengajian agama di barat laut Pakistan, kata seorang pegawai.

Bom itu meletup di kawasan Dir di bandar Peshawar, kata Bilal Faizi, jurucakap perkhidmatan penyelamat 1122, kepada Agensi Anadolu.

Semua yang cedera telah dipindahkan ke Hospital Lady Reading dan sebahagian daripada mereka dalam keadaan kritikal, tambahnya.

Rakaman yang dikongsi oleh pegawai penyelamat menunjukkan letupan besar meruntuhkan sebahagian besar masjid.

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pesawat Terhempas: Dua maut
Next: Los Angeles ‘terbakar’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.