Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
  • GLOBAL

Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya

Utusan Sarawak 10 months ago
BEKAS Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam mengumumkan Senator Ohio JD Vance (kiri) sebagai calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024, lapor Agensi Anadolu.

“Selepas mempertimbangkan dengan teliti dan menilai bakat luar biasa ramai individu, saya memutuskan bahawa Senator JD Vance dari Ohio adalah yang paling sesuai menyandang jawatan Naib Presiden Amerika Syarikat,” kata Trump di laman sesawang Truth Social miliknya.

Pengumuman ini dibuat pada hari pertama Konvensyen Kebangsaan Republikan dan parti itu secara rasmi mencalonkan Trump sebagai calon presidennya menjelang pilihan raya pada November.

Vance, 39, merupakan bekas anggota marin dan mengukuhkan kedudukannya sebagai seorang ahli politik yang lantang dan cenderung dengan pandangan populis semasa tiga tahun di Senat.

Beliau kini merupakan penyokong setia agenda Trump, selepas pada awalnya menjadi pengkritik hebat bekas presiden itu.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Vance lantang menentang hak pengguguran dan menjadi penyokong kuat Israel sebelum dan semasa konflik di Semenanjung Gaza. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Next: Negara-negara anggota PBB suara kebimbangan terhadap situasi di Myanmar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.