Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump perkenal ‘Kad Emas’ untuk imigran kaya ke Amerika Syarikat
  • GLOBAL

Trump perkenal ‘Kad Emas’ untuk imigran kaya ke Amerika Syarikat

Utusan Sarawak 1 month ago
DONALD Trump memegang Kad Emas itu ketika bercakap kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One. FotoAFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memperkenalkan “Kad Emas” yang memberi hak kepada golongan imigran kaya untuk menetap di AS secara tetap, lapor agensi berita Jerman dpa.

“Dengan AS$5 juta, kad ini boleh menjadi milik anda,” katanya pada Khamis ketika berada dalam pesawat rasmi presiden, Air Force One.

Beberapa video yang disiarkan media AS memaparkan Trump menunjukkan kad emas berkenaan  – yang turut memaparkan imej wajahnya – kepada para wartawan.

Beliau turut merujuknya sebagai “Kad Trump”.

Trump, berkata kad itu dijangka diperkenalkan dalam tempoh kurang dua minggu lagi. Beliau sebelum ini mengemukakan rancangan mengenai kad berkenaan pada Februari lepas.

Program ini berkemungkinan menggantikan visa pelabur EB5 yang sedia ada dan turut membuka laluan ke arah kewarganegaraan.

Kad berkenaan menyasarkan golongan kaya serta individu berkemahiran tinggi yang mempunyai penaja – sama ada syarikat atau individu – yang sanggup membayar untuk visa mereka. – Bernama – dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: China akan kenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua import AS bermula 10 April
Next: China tambah 11 syarikat AS ke dalam senarai entiti tidak boleh dipercayai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.