Manchester City fail rayuan terhadap keputusan bersalah

Facebook
WhatsApp
Manchester City. Foto agensi

LONDON: Manchester City memfailkan rayuan terhadap keputusan yang mendapati kelab itu melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris, lapor PA Media/dpa.

 Suruhanjaya bebas mendapati City bersalah dalam laporan yang dikeluarkan awal minggu ini.

 Manchester City diberi tempoh sehingga Jumaat untuk mengemukakan rayuan dan kelab itu mengumumkan sebelum tengah hari bahawa ia berbuat demikian.

 Kenyataan di mancity.com berbunyi: “Kelab Bola Sepak Manchester City mengesahkan bahawa pada  7.00 malam (1800 GMT) Khamis, 1 Oktober 2026, kelab memfailkan rayuan menyeluruh terhadap keputusan Suruhanjaya Liga Perdana berhubung perkara melibatkan tatatertib Liga Perdana.

 “Pendirian teguh kelab ialah keputusan itu mengandungi kesilapan material yang jelas dari segi undang-undang, prinsip dan fakta atas pelbagai alasan dan keputusan itu tidak boleh diterima.

 “Kelab tidak bersalah atas tuduhan yang dikemukakan oleh Liga Perdana dan terdapat bukti menyeluruh yang tidak boleh disangkal bagi menyokong semua pendirian kami berkaitan kes ini.

 “Kami akan terus menghormati proses sewajarnya dan sememangnya terhad daripada memberikan ulasan lanjut sehingga semua prosiding selesai.” – Bernama

Gempa bumi kuat magnitud 7.7 landa Panama

WASHINGTON, 10 Oktober: Gempa bumi kuat magnitud 7.7 melanda selatan Panama pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menaikkan

Rumah kosong musnah sepenuhnya dijilat api

ASAJAYA, 13 Oktober: Sebuah rumah kosong berstruktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Jemukan menghala ke Semara, berhampiran