Empat angkasawan tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa

Facebook
WhatsApp
DALAM imej edaran NASA ini, angkasawan Agensi Angkasa Kanada (CSA) Joshua Kutryk, kiri, serta angkasawan NASA Luke Delaney dan Jessica Watkins, dan kosmonaut Roscosmos Sergey Teteryatnikov, yang memakai pakaian angkasa SpaceX, dilihat bersiap untuk berlepas dari Bangunan Operasi dan Pemeriksaan Neil A. Armstrong menuju ke Kompleks Pelancaran Angkasa 40 di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral bagi menaiki kapal angkasa SpaceX Dragon untuk pelancaran misi Crew-13 pada 1 Oktober 2026 di Pusat Angkasa Kennedy NASA, Florida. Foto AFP

CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat: Empat anggota kru baharu Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tiba di makmal orbit itu bagi menjalankan misi selama kira-kira enam bulan.

Roket SpaceX Falcon 9 yang membawa anggota misi Crew-13 berlepas pada 11.10 pagi waktu tempatan (11.10 malam waktu Malaysia) dari Cape Canaveral, Florida.

Kira-kira tujuh 55 minit kemudian, kapsul SpaceX Dragon “Grace” berlabuh di salah satu pelabuhan ISS, sekali gus mencatat rekod sebagai perjalanan terpantas kapal angkasa Amerika Syarikat ke stesen berkenaan, menurut pegawai NASA.

ROKET SpaceX Falcon 9 dan kapal angkasa Dragon yang membawa kru Crew-13 NASA berlepas dari Kompleks Pelancaran Angkasa 40 di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral pada 1 Oktober 2026 di Cape Canaveral, Florida. Foto AFP

Dalam siaran langsung NASA TV, kapsul itu kelihatan bergerak perlahan menghampiri ISS yang berada dalam keadaan pegun, ketika kedua-duanya bergerak di angkasa lepas pada kelajuan kira-kira 28,163 kilometer sejam.

Kru baharu itu terdiri daripada dua warga Amerika Syarikat, Jessica Watkins dan Luke Delaney, warga Kanada Joshua Kutryk serta warga Rusia Sergey Teteryatnikov.

Mereka memasuki stesen angkasa berkenaan melalui ruang perantaraan bertekanan sebelum berkomunikasi dengan rakan-rakan di Bumi pada lewat Khamis.

“Kami sangat teruja berada di sini. Ini benar-benar tempat yang istimewa,” kata Watkins menerusi siaran langsung NASA.

“Menakjubkan dan agak ironik untuk memikirkan bahawa perjalanan ke sini begitu singkat, sedangkan perjalanan untuk sampai ke sini sebenarnya sangat panjang,” katanya.

ROKET SpaceX Falcon 9 dan kapal angkasa Dragon yang membawa kru Crew-13 NASA berlepas dari Kompleks Pelancaran Angkasa 40 di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral pada 1 Oktober 2026 di Cape Canaveral, Florida. Foto AFP

Kutryk berkata beliau berasa gembira dapat mewakili Kanada di angkasa lepas dan tidak sabar untuk menjalankan misi itu selepas mendapatkan rehat yang mencukupi.

Tempoh perjalanan ke ISS banyak bergantung pada jarak antara stesen angkasa berkenaan dengan kapal angkasa ketika pelancaran.

Kru terakhir yang dilancarkan dari bumi Amerika Syarikat mengambil masa lebih 30 jam untuk tiba di stesen berkenaan.

Kru baharu ISS itu pada asalnya dijadualkan tiba pada pertengahan September, namun pelancaran ditangguhkan berikutan kebocoran pada kapsul Dragon.

Crew-13 mengambil alih tugas daripada angkasawan Amerika Syarikat, Jessica Meir dan Jack Hathaway, angkasawan Perancis Sophie Adenot serta angkasawan Rusia Andrey Fedyaev.

Kru-12 dijangka kembali ke Bumi seawal Isnin, bergantung pada keadaan cuaca.

Bagi Kutryk, kepulangannya ke Bumi enam bulan lagi turut dinanti-nantikan atas sebab istimewa apabila isterinya dijangka melahirkan anak ketika beliau masih berada di angkasa lepas.

ISS yang telah didiami secara berterusan selama suku abad itu dijadualkan dinyahorbit sebelum terhempas ke salah satu lautan di Bumi sekitar 2030.

Walaupun banyak perjanjian kerjasama antarabangsa terjejas selepas Rusia menyerang Ukraine pada 2022, Amerika Syarikat dan rakan kongsi ISS lain terus bekerjasama dengan Rusia dalam operasi stesen angkasa berkenaan. – AFP

Donuf sasar 100 cawangan menjelang 2029

JOHOR BAHRU: Pengasas Donuf, produk gabungan donat dan pastri berkrim (creampuff) rangup, menyasarkan membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang