Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump lantik selebriti TV ‘Dr Oz’ jawatan kesihatan utama AS
  • GLOBAL

Trump lantik selebriti TV ‘Dr Oz’ jawatan kesihatan utama AS

Utusan Sarawak 6 months ago

Donald Trump mencalonkan doktor selebriti Mehmet Oz untuk mengetuai Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid. - Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump, semalam, mengumumkan pelantikan Mehmet Oz, iaitu bekas pakar bedah jantung dan selebriti TV yang dikenali sebagai ‘Dr Oz,’ untuk mengetuai program insurans kesihatan awam negara itu.

Pakar bedah berusia 64 tahun itu sebelum ini terkenal dalam rancangan televisyen, Oprah Winfrey sebelum menceburi politik dengan bertanding kerusi Senat pada 2022, namun gagal.

Oz menjadi satu lagi pelantikan menarik perhatian oleh Trump ke jawatan penting, termasuk pengacara Fox News, Pete Hegseth sebagai Setiausaha Pertahanan, individu skeptik vaksin Robert F Kennedy Jr sebagai Setiausaha Kesihatan, dan jutawan Elon Musk untuk menerajui unit pemotongan kos kerajaan.

“Amerika sedang berdepan krisis kesihatan, dan mungkin tiada doktor lain yang lebih layak dan berkemampuan selain Dr Oz untuk menjadikan Amerika sihat kembali,” katanya di platform Truth Social.

Oz akan mengetuai agensi persekutuan yang menyediakan liputan kesihatan kepada lebih 160 juta rakyat AS iaitu hampir separuh populasi negara itu, sebagai pentadbir Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid (CMS).

Agensi itu mempunyai kira-kira 6,700 kakitangan dengan perbelanjaan sebanyak AS$1.48 trilion (RM6.61 trillion). – AFP

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 8 maut Taufan Man-Yi landa Filipina
Next: Saintis bangunkan dron guna bahagian burung sebenar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.