Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fadillah meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Stakan
  • TEMPATAN

Fadillah meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Stakan

Utusan Sarawak 2 months ago
LUANGKAN MASA… Dato Sri Fadillah Yusof meluangkan masa bersama tetamu yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 anjuran ADUN Stakan, hari ini. Foto UKAS

STAKAN: Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkunjung ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim yang berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu.

Ketibaan beliau yang disambut mesra oleh Hamzah serta para pemimpin komuniti setempat menjadi simbol sokongan berterusan kepimpinan tertinggi negara kepada rakyat dan pemimpin di peringkat akar umbi.

Majlis tersebut bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara pemimpin dan masyarakat pelbagai kaum di kawasan Stakan.

ADUN Stakan dalam pada itu merakamkan penghargaan atas kesudian Fadillah meluangkan masa bersama warga Stakan, yang mana beliau menyifatkan kunjungan tersebut sebagai satu penghormatan besar kepada seluruh komuniti setempat.

Acara turut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional, persembahan lagu-lagu raya serta suasana mesra yang mencerminkan keharmonian masyarakat majmuk.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, ADUN Batu Kitang Dato Ir Lo Khere Chiang, ADUN Kota Sentosa Yap Yau Sin, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi serta Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gabungan KWB, SWB, LAKU di fasa terakhir
Next: Naik taraf jalan hubungkan tiga rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.