Toh Puan Fauziah semarakkan program bubur pedas MAKSAK Cares

Facebook
WhatsApp
TOH Puan Fauziah menyertai acara memasak bubur pedas dalam program MAKSAK Cares yang berlangsung meriah di Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur, hari ini. Foto UKAS

KUALA LUMPUR: Juadah tradisi bubur pedas Sarawak menjadi pengikat ukhuwah apabila komuniti negeri ini di perantauan berhimpun dalam program Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Cares yang berlangsung meriah di Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur, hari ini.

Acara kemuncak menyaksikan isteri Yang di-Pertua Negeri yang juga Penaung MAKSAK Wanita Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyertai acara memasak bubur pedas bersama komuniti sebagai simbol kebersamaan dan semangat Ramadan.

Turut serta memeriahkan acara tersebut ialah anak Premier Sarawak, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak Dato Baduyah Bujang serta ahli-ahli MAKSAK Wanita Sarawak yang lain.

TOH Puan Fauziah dan Dayang Norjihan menyertai acara memasak bubur pedas dalam program MAKSAK Cares yang berlangsung meriah di Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur, hari ini. Foto UKAS

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Selain bergotong-royong menyediakan bubur pedas, program tersebut turut diserikan dengan penyampaian sumbangan ikhlas kepada golongan yang memerlukan sebagai manifestasi keprihatinan dan tanggungjawab sosial MAKSAK Cares sepanjang bulan Ramadan.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan tradisi memasak bersama yang menjadi warisan masyarakat Sarawak, malah memperkukuh jalinan silaturahim dalam kalangan komuniti di perantauan.

-UKAS

WYF gesa kerajaan haramkan penjualan vape

MELAKA: Yayasan Belia Dunia (WYF) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan vape di negara ini susulan peranti rokok elektronik itu dikenal pasti sering