Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • TMM2026: Malaysia-Maldives perkukuh kerjasama pelancongan mesra Muslim
  • NASIONAL

TMM2026: Malaysia-Maldives perkukuh kerjasama pelancongan mesra Muslim

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) ketika sedang media bersama Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu di Bangunan Perdana Putra, hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA: Malaysia dan Maldives telah bersetuju memperkukuh kerjasama dengan memanfaatkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) serta meneroka potensi untuk  meningkatkan aliran pelancongan kedua-dua negara termasuk peluang dalam pelancongan mesra Muslim dan halal.

Komitmen ini dibuat semasa lawatan rasmi empat bermula semalam oleh Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyedari potensi ekonomi kedua-dua negara, Anwar dan Muizzu menzahirkan keyakinan terhadap pertumbuhan aktiviti perdagangan, pelancongan dan pelaburan berterusan. Muizzu turut mempelawa pelabur Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan yang luas di Maldives dalam pelbagai sektor.

Berdasarkan peningkatan permintaan global terhadap produk dan perkhidmatan halal berkualiti tinggi, Anwar telah menyatakan kesediaan Malaysia untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam membangunkan industri halal.

Bagi memperluas kerjasama budaya, kedua-dua pemimpin menyambut baik pengukuhan pertukaran budaya melalui kesusasteraan, seni persembahan, latihan budaya, pendidikan dan inisiatif lain bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang budaya serta sejarah Malaysia dan Maldives.

Muizzu turut menyatakan penghargaan terhadap persekitaran kerjasama dan persahabatan positif di Malaysia, yang memberi manfaat kepada rakyat Maldives ke Malaysia untuk tujuan pelancongan, pendidikan dan perubatan.

Kedua-dua pemimpin itu juga membincangkan langkah-langkah mempererat kerjasama bagi menyokong kebajikan rakyat mereka.

Ini merupakan lawatan pertama Presiden Maldives itu ke Malaysia sejak memegang jawatan pada 17 Nov 2023, dan menggariskan usaha kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan diplomatik yang telah lama terjalin sejak 1968.

Terdahulu semasa pertemuan dua hala, Anwar dan Muizzu membincangkan hubungan antara Malaysia dan Maldives selain turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Muizzu turut menjemput Anwar untuk mengadakan lawatan rasmi ke Maldives sekali gus menegaskan komitmennya untuk mengeratkan persahabatan antara kedua-dua negara.

Pada 2024, jumlah dagangan Malaysia dan Maldives mencatatkan peningkatan 4.3 peratus dengan jumlah RM862.7 juta (AS$180.9 juta) berbanding RM827.3 juta (AS$180.9 juta) pada 2023, menjadikan negara kepulauan itu sebagai rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan. -Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Melaka permudah urusan poligami, kelulusan dalam tempoh 21 hari
Next: MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu kaitkan Institusi Diraja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.