Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiong Sii teruskan inisiatif sumbangan pakaian seragam sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiong Sii teruskan inisiatif sumbangan pakaian seragam sekolah

Utusan Sarawak 4 months ago
TERIMA KASIH… Kapitan Ling Dien Yong bergambar bersama Guru Besar SK Rentap, Azeman Akel dan para penerima sumbangan pakaian seragam sekolah.

SARIKEI: Inisiatif menyumbang pakaian seragam sekolah diteruskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii kepada tujuh sekolah rendah di sini, semalam.

Tujuh sekolah rendah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Rentap, SK Selangan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Siung Hua, SJKC Minar, SJKC Nam Kiew, SJKC Ming Tak dan SJKC Bulat. 

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, sumbangan tersebut bagi membantu murid dan pelajar sempena sesi pembukaan persekolahan tahun ini.

“Sebagai usaha meringankan beban kewangan ibu bapa, beliau telah menyediakan dua pasang pakaian seragam sekolah serta sepasang kasut sekolah untuk pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah di kawasan Sarikei. 

“Sumbangan pakaian seragam sekolah rendah ini bertujuan memastikan mereka dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan kelengkapan yang sempurna,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Hadir bagi menyerahkan bantuan kepada murid-murid tersebut ialah Kapitan Ling Dien Yong selaku wakil Tiong Sii. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba ‘tundukkan’ ular sawa sedang santai
Next: Hujan berterusan, air pasang menyebabkan berlaku tanah susur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.