Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiong redah hujan bantu mangsa banjir
  • TEMPATAN

Tiong redah hujan bantu mangsa banjir

Utusan Sarawak 4 months ago

Pasukan penyelamat bersama Dato Sri Tiong King Sing membantu penduduk yang terperangkap di kawasan banjir.

BINTULU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing turun padang dalam keadaan hujan bagi membantu mangsa banjir.

Ahli Parlimen Bintulu itu membantu usaha menyelamat serta menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.  

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, Tiong menzahirkan komitmen untuk membantu penduduk yang terkesan.  

*Dalam masa yang sukar ini, marilah kita saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. 

“Saya dan pasukan saya serta semua agensi berkaitan akan melakukan yang terbaik untuk membantu semua orang,” katanya.

Lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di sekitar Bahagian Bintulu bagi menempatkan mangsa banjir.

Pasukan penyelamat dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut dikerahkan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa terjamin.  

Difahamkan, pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan memberi amaran kepada penduduk di kawasan berisiko tinggi supaya bersedia untuk berpindah jika keadaan bertambah buruk. 

Continue Reading

Previous: JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir – Nancy
Next: Premier Sarawak teruskan kunjungan Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.