Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiong: Promosi global penting lonjakkan sukan air Sibu
  • SEMASA

Tiong: Promosi global penting lonjakkan sukan air Sibu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERSAINGAN SENGIT… Para peserta Sibu International Power Boat 2025 berentap mempamerkan kehandalan masing-masing di perairan Sibu.

SIBU: Promosi penganjuran acara sukan air Sibu International Power Boat 2025 perlu diberi penekanan di peringkat antarabangsa bagi menarik lebih banyak penyertaan luar negara, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata, langkah itu bukan sahaja berupaya memperluas jaringan peserta, malah mampu merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dan industri pelancongan di kawasan Sibu dan sekitarnya.

“Saya berharap promosi antarabangsa diberi keutamaan agar lebih ramai peserta dari luar negara dapat mengambil bahagian dalam acara ini.

“Namun, usaha ini tidak sepatutnya diletakkan di atas bahu penganjur sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakan promosi luar negara secara lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sibu International Power Boat 2025 di Tebingan Li Hua, di sini, hari ini.

Tiong turut memuji pihak penganjur yang berjaya menarik penyertaan sekitar 262 bot dalam lapan kategori pertandingan, termasuk penyertaan dari negara jiran, Brunei.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan menaik taraf Tebingan Pulau Li Hua agar lebih sesuai untuk penganjuran acara sukan air bertaraf antarabangsa, beliau berkata cadangan berkenaan perlu dibentangkan secara rasmi.

“Agensi berkaitan perlu mengemukakan reka bentuk dan cadangan pembangunan yang diperlukan.

“Selepas itu, ia perlu diluluskan oleh kerajaan negeri Sarawak sebelum dibawa ke Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) untuk pertimbangan lanjut.

“Sebaik sahaja semua proses ini selesai, kita boleh mengadakan perbincangan berhubung pelaksanaan projek tersebut. Kita akan beri sokongan penuh kerana menjadi tanggungjawab kita menyediakan kemudahan dan infrastruktur terbaik untuk rakyat,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tamat tugas, Raden Sigit tinggalkan legasi erat hubungan Indonesia–Sarawak
Next: Peserta Brunei syukur perjalanan ke Sibu kini lebih singkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.