Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tingkatkan keselesaan, kemudahan penduduk setempat
  • Utara
  • WILAYAH

Tingkatkan keselesaan, kemudahan penduduk setempat

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Johnny Pang Leong Ming bergambar bersama yang lain di Desa Damai.

BINTULU: Gelanggang bola keranjang di Desa Damai bakal dinaik taraf bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, usaha naik taraf itu dilakukan susulan aduan daripada wakil kelab bola keranjang mengenai permukaan gelanggang yang tidak rata sekali gus menjejaskan aktiviti sukan.

TINJAU… Johnny Pang Leong Ming meninjau gelanggang bola keranjang di Desa Damai.

“Sebagai wakil rakyat, saya memahami keperluan masyarakat untuk mempunyai kemudahan sukan yang selesa dan selamat.

“Diharapkan penambahbaikan ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan, sama ada untuk aktiviti sukan, riadah atau program komuniti,” katanya.

Beliau turut berharap agar penduduk dapat menjaga kemudahan yang disediakan agar gelanggang tersebut kekal dalam keadaan baik untuk kegunaan jangka panjang.

Ujarnya, usaha menaik taraf kemudahan awam di kawasan Tanjong Batu akan terus dilakukan secara berperingkat bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Enam jam giliran masuk feri pangkalan  Paloh, penduduk terus mengeluh
Next: Pemimpin Hulu Rajang turun padang eratkan silaturahim sempena Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.