Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tingkat kesedaran perangi rabies
  • TEMPATAN

Tingkat kesedaran perangi rabies

Utusan Sarawak 2 months ago
TUKAR PENDAPAT… Dato Wee Hong Seng dan yang lain mengadakan perbincangan semasa Sidang Media ‘Virtual Earth Hour 2025 And Free Anti-Rabies Vaccination, Licensing, Microchipping And Subsidized Neutering For Dogs’ di Bangunan MBKS, hari ini. -Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Pemilik anjing di sekitar Kuching berpeluang mendapatkan perkhidmatan vaksinasi anti-rabies, pelesenan, pemasangan mikrocip dan pemandulan bersubsidi secara percuma di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 12 April nanti.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata tahun ini, MBKS menganjurkan program itu sebanyak lima kali dalam tempoh setahun sebagai usaha meningkatkan perkhidmatan pemvaksinan dalam memerangi wabak rabies.

“Sebelum ini kita mengadakannya empat kali setahun dan ia ditingkatkan kepada lima kali pada tahun ini. Ini bermakna, pemilik-pemilik anjing seharusnya tidak memberikan alasan untuk memberi vaksin kepada anjing peliharaan mereka.

”Kita ingin masyarakat sedar bahawa penyakit rabies masih lagi wujud dan semua pihak perlu memainkan peranan dalam memeranginya terutamanya pemilik anjing peliharaan dengan memberikan vaksin setiap tahun kepada anjing mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pada Sidang Media ‘Virtual Earth Hour 2025 And Free Anti-Rabies Vaccination, Licensing, Microchipping And Subsidized Neutering For Dogs’ di Bangunan MBKS, hari ini.

JAWAB SOALAN… Dato Wee Hong Seng memberi penjelasan semasa Sidang Media ‘Virtual Earth Hour 2025 And Free Anti-Rabies Vaccination, Licensing, Microchipping And Subsidized Neutering For Dogs’ di Bangunan MBKS, hari ini. -Foto HERRIEY NAHA

Dalam perkembangan lain, orang ramai diminta untuk menyertai acara ‘Pet Walk 2025’ yang akan berlangsung di pekarangan MBKS pada 27 April kelak bermula 6.45 pagi.

Menurutnya lagi, program tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Komuniti Progresif Kuching dan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SSPCA) bersempena sambutan Hari Haiwan Terbiar Sedunia bagi memperkukuh kesedaran serta kebersamaan komuniti dalam menjaga kebajikan haiwan.

“Menerusi program ini, para peserta digalakkan untuk mengambil bahagian bersama haiwan peliharaan mereka. Setakat ini, banyak kucing dan anjing didaftarkan bersama pemiliknya.

”Haiwan peliharaan yang menyertai program ini perlu divaksin dan para peserta juga perlu memastikan haiwan peliharaan berada dalam kawalan yang betul dan pastikan mereka tidak berlari-lari,” ujarnya.

OLEH RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: RM10 juta bina kolam takungan tanpa usik Kuarters Jururawat Lama Kuching
Next: Didik masyarakat sayangi Bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.