Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tindakan pantas polis berjaya selamatkan wanita cuba terjun dari bangunan
  • Tengah
  • WILAYAH

Tindakan pantas polis berjaya selamatkan wanita cuba terjun dari bangunan

Utusan Sarawak 7 months ago

Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh pihak polis dari cubaan bunuh diri di bangunan tempat letak kereta MPS di Sibu, hari ini. 

SIBU: Tindakan pantas pihak polis berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada cubaan membunuh diri di bangunan tempat letak kereta bertingkat Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, kejadian cubaan bunuh diri itu berlaku kira-kira jam 10.36 pagi yang melibatkan wanita berusia 40 tahun. 

“Mangsa cuba membunuh diri dan mahu terjun dari bangunan terbabit. Bagaimanapun, mangsa berjaya dipujuk oleh pasukan polis sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya operasi ditamatkan jam 10.56 pagi selepas memastikan keadaan persekitaran selamat.

Continue Reading

Previous: 35 warga PPDK Sarikei sertai latihan kebakaran
Next: Paras air di dua sekolah di Limbang naik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.