Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Timba ilmu jadi usahawan
  • BISNES
  • WILAYAH

Timba ilmu jadi usahawan

Utusan Sarawak 2 months ago
BERMANFAAT… Mohamad Duri dan yang lain memeriahkan Program Jom@Coop dan Bicara Ilmu Koperasi Platform Ekonomi Ummah anjuran IKMa di Masjid Al Muhtadin Saratok hari ini. -Foto kredit ADUN Kalaka


SARATOK: Program Jom@Coop dan Bicara Ilmu Koperasi Platform Ekonomi Ummah yang dianjurkan oleh Institusi Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak menekankan peranan koperasi sebagai platform untuk memperkasakan ekonomi bukan sahaja pada peringkat individu, malah dalam kalangan komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, program itu juga merupakan salah satu platform yang IKMa dalam usaha mendekati komuniti koperasi setempat selain memberikan pendedahan dan maklumat kepada para peserta.

“Menariknya, IKMa turut membuka peluang kepada golongan usahawan muda untuk melanjutkan pendidikan sehingga ke peringkat universiti, sejajar dengan usaha memperkukuh keusahawanan dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program berkenaan di Masjid Al Muhtadin Saratok, hari ini.

TAHNIAH… Mohamad Duri menyampaikan sijil kepada peserta Program Jom@Coop dan Bicara Ilmu Koperasi Platform Ekonomi Ummah anjuran IKMa di Masjid Al Muhtadin Saratok hari ini. -Foto kredit ADUN Kalaka


Beliau difahamkan bahawa IKM setakat ini menganjurkan lebih 50 program di seluruh Malaysia, dengan Sarawak menjadi tuan rumah kepada lapan program sepanjang tahun ini.

“Dengan penganjuran program seperti ini, diharapkan lebih ramai individu dan komuniti dapat memahami peranan koperasi dalam meningkatkan taraf hidup serta memajukan ekonomi negara,” katanya.

Antara pengisian menarik program di Saratok pada kali ini adalah sesia ceramah yang bertajuk ‘Niaga Semakin Laju Iman Tetap Padu’ oleh Haris Mohamad Ismail atau lebih di kenali dengan nama PU Riz.

Turut hadir, Pengarah IKMa Zon Sarawak, Siti Maimunah Jerni dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Norazlan Anuar.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Peruntukan RTP RM5 juta setahun bukan dalam bentuk tunai
Next: 47 organisasi di Pulau Bruit terima dana MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.