Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga wanita selamat, kereta Land Cruiser terbakar
  • KEMALANGAN

Tiga wanita selamat, kereta Land Cruiser terbakar

Utusan Sarawak 6 months ago

MALANG... Toyota Land Cruiser Ninja King yang sedang terbakar setelah mengalami kemalangan kendiri di kawasan Jalan Loji Bayai, Bandar Simanggang, awal pagi tadi.

SIMANGGANG: Kemalangan kendiri menyebabkan sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser Ninja King telah terbakar di kawasan Jalan Loji Bayai, dekat sini, awal pagi tadi.

Jurucakap bomba memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kenderaan terbakar yang dinaiki tiga orang mangsa wanita pada jam 4.07 pagi.

“Bertindak atas panggilan, pihak kami segera mengerah seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman diketuai PBK II Mohamad Fadhli Buyong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kenderaan yang dinaiki mangsa telah mengalami kebakaran 100 peratus dengan tindakan pemadaman kebakaran segera dilakukan oleh anggota bomba,” katanya.

Beliau berkata kerja memadam kebakaran pada kenderaan terbakar itu melibatkan penggunaan dua aliran salur bantu mula pam jentera dan sumber air dari tangki jentera.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.48 pagi sebelum operasi di Jalan Loji Bayai berkenaan ditamatkan pada jam 4.57 pagi.

“Kesemua tiga mangsa wanita tersebut selamat dalam kejadian itu,” katanya.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Remaja maut kemalangan, polis tahan pemandu wanita 73 tahun
Next: Dua lelaki cedera tersepit dalam kemalangan tiga kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.