Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga terselamat kenderaan terlibat dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Tiga terselamat kenderaan terlibat dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 8 months ago
KENDERAAN pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Engkala Krian, hari ini.

KRIAN: Tiga terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Engkala Krian dekat sini, hari ini.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, PgB Muhammad Rais Adham Rosalan berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut sekitar 12.50 tengah hari tadi.

Beliau berkata seramai lapan anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 1, Yusuf Tamin telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan terbabit.

“Setibanya di lokasi kejadian, kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan lalu terbabas jatuh dalam gaung sedalam lima meter. 

“Ketiga-tiga mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan hantar ke Klinik Kesihatan Nanga Budu sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya.

Muhammad Rais berkata, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) memeriksa kenderaan bagi memastikan tiada lagi mangsa dan seterusnya bergerak ke Klinik Kesihatan Nanga Budu mengambil maklumat mangsa.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan terbabit.

Oleh Adi Safarman

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang ditemukan meninggal dunia
Next: Warga emas tersepit kereta langgar pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.