Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga surau di Lingga terima sumbangan kewangan
  • TEMPATAN

Tiga surau di Lingga terima sumbangan kewangan

Utusan Sarawak 5 years ago
MANFAATKAN… Simoi Peri sedang menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah satu daripada tiga surau dalam DUN Lingga bagi membantu aktiviti mengimarahkan surau di Simanggang baru-baru ini.

SIMANGGANG: Tiga buah surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga telah menerima sumbangan kewangan yang mencatat nilai keseluruhan berjumlah RM5,000 daripada wakil rakyatnya, Simoi Peri sebelum ini.

Tiga buah surau yang menerima sumbangan kewangan daripada wakil rakyat wanita berkenaan adalah Surau Kebahagiaan Kampung Hilir, Surau Kampung Tanah Baru dan Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu.

Surau Kebahagiaan Kampung Hilir dan Surau Hayatul Islam Kampung Hulu masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM2,000 manakala Surau Kampung Tanah Baru pula menerima RM1,000.

“Sumbangan kewangan ini secara tidak langsung akan dapat membantu mengimarahkan surau-surau dalam kalangan umat muslim di kawasan DUN Lingga ini dari masa ke semasa.

“Bukan itu sahaja malah sumbangan kewangan berkenaan juga secara tidak langsung membolehkan saya membantu menyerikan lagi Program Ibadah Korban yang berlangsung bersempena dengan Sambutan Hari Aidiladha ini tadi,” kata Simoi.

Beliau ketika berucap ringkas pada upacara penyerahan sumbangan itu mengajak belia dan beliawanis Islam di sini untuk lebih aktif melaksana aktiviti mengimarahkan institusi masjid atau surau dalam penempatan masing-masing.

Simoi memberitahu penglibatan belia dan beliawanis muslim DUN Lingga berhubung perkara berkenaan adalah amat penting bagi membantu membangunkan penduduk setempat.

“Golongan tersebut sebenarnya mempunyai peranan yang relevan berhubung perkara ini. Mereka yang terpelajar misalnya boleh melaksana Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan rakan komunikasi mesra belia di masjid.

“Bagaimanapun mereka juga mesti mempunyai sifat ithar (memberi keutamaan kepada saudara seagama lebih daripada diri sendiri ketika diperlukan) dengan segala sumbangan yang diberi mestilah diniatkan kepada Allah demi kepentingan agama,” katanya.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Lelaki bujang tinggal sehelai sepinggang
Next: KMKK disaran kemas kini rekod kawasan masing-masing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.