Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tiga rumah di Kampung Long San musnah dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Tiga rumah di Kampung Long San musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 6 months ago
MUSNAH… Tiga rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran di Kampung Long San, Ulu Baram, tengah hari tadi.

BARAM: Tiga rumah di Kampung Long San, Ulu Baram dilaporkan musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden sekitar 1.50 petang.

Bertindak atas maklumat, katanya, sepasukan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah bergerak ke lokasi yang terletak sejauh 243 kilometer dari balai menggunakan jalan darat.

Jelasnya, setakat ini, masih belum ada maklumat terkini berhubung jumlah penduduk yang terlibat memandangkan pasukan keluaran operasi baru bergerak ke lokasi dan perjalanan memakan masa untuk sampai ke lokasi kejadian.

Terdahulu, Ketua BBP Marudi telah menerima panggilan kecemasan daripada Ketua Kaum Lusia yang memaklumkan telah berlaku kebakaran melibatkan tiga rumah di kampung berkenaan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kapal nelayan dalam pembinaan terbakar di Kuala Baram
Next: Lot bangunan kedai dua tingkat di pasar Dalat terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.