Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tidak sabar beraksi…
  • SUKAN

Tidak sabar beraksi…

Utusan Sarawak 5 years ago
JOSEPH KALLANG TIE

PENGUMUMAN Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membenarkan semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) menyambung semula sesi latihan bermula 15 Jun ini jelas melegakan ramai pihak.

Dua bintang berpengalaman skuad Kuching FA iaitu Joseph Kallang Tie dan ketua pasukan, Rafiezan Razali antara yang turut teruja menanti detik berkenaan.

Ia sekali gus diharapkan akan dapat bertemu semula dengan rakan-rakan serta jurulatih selain meningkatkan kembali prestasi selepas lebih tiga bulan hanya berlatih pada skala terhad di kediaman masing-masing.

“Cukup lega sebaik mengetahui pengumuman Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membenarkan semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) memulakan latihan bermula 15 Jun ini.

“Dan rasanya tidak sabar untuk kembali bersama rakan-rakan setelah lebih tiga bulan tidak melakasana tugas sebagai biasa ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu,” ujar Joseph ketika mengulas perkara tersebut.

Kataya, beliau percaya rakan sepasukan turut merindui akan situasi untuk bersama-sama berlatih di padang.

Rafiezan Razali pula gembira sebaik mendengar berita berkenaan beberapa hari lalu.

“Setakat ini kami belum dimaklumkan oleh pihak pengurusan Kuching FA berhubung tarikh sebenar untuk turun berlatih di padang.

“Apa pun, ia satu berita mengembirakan walaupun hanya untuk tujuan latihan sahaja,” jelas Rafiezan.

Belia mengakui tiada masalah untuknya bersama rakan-rakan dalam pasukan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti sepanjang latihan dijalankan kelak.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Joshua, Fury setuju bertarung
Next: Bayern kehilangan Mueller, Lewandowski

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.