Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tiada perubahan tarikh
  • SUKAN

Tiada perubahan tarikh

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGARAH MSNS… Dr Ong Kong Swee.

TIADA perubahan tarikh baharu bagi melangsungkan Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 yang sebelum ini ditetapkan bermula dari 6 hingga 14 Mac 2021.

Meskipun, timbul andaian temasya dwitahunan negara itu mungkin berubah dari segi tarikhnya ekoran situasi negara yang masih belum stabil berikutan keaktifan semula penularan virus berbahaya (Covid-19) ketika ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Dr Ong Kong Swee menegaskan, setakat ini tarikh asal tersebut masih lagi kekal.

“Tiada sebarang tanda akan berlaku perubahan berhubung tarikh baharu berlangsungnya temasya Sukma XX Johor 2020. Dan kita percaya tarikh sedia ada masih lagi kekal,” ujar Dr Ong ketika mengulas mengenai perkara itu.

Apa pun tegas Dr Ong, pihaknya juga berharap tiada keputusan luar jangkaan dilakukan berhubung tarikh kejohanan..

Dalam perkembangan berbeza, Dr Ong memberitahu, pihaknya terpaksa menutup beberapa gelanggang iaitu Padang C dan Padang D untuk digunakan latihan.

“Baru-baru ini salah seorang pemain skuad Kuching FA didapati positif dijangkiti virus berkenaan.

“Oleh yang demikian, memandangkan skuad ‘The City Boys’ itu menggunakan Padang D, Petra Jaya untuk latihan…maka kita mengambil keputusan menutupnya buat sementara waktu.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Sarri nikmati gelaran pertama
Next: Berlatih seperti biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.