Tiada kesihatan tanpa kesihatan pergigian

Facebook
WhatsApp
AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie menyempurnakan Majlis Penutupan Minggu Promosi Kesihatan Gigi Peringkat Sarawak 2025 di sini, hari ini. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pergigian dan sukarelawan yang komited dalam meningkatkan kesedaran serta pendidikan kesihatan oral di kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak dan penduduk luar bandar.

AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie menyempurnakan Majlis Penutupan Minggu Promosi Kesihatan Gigi Peringkat Sarawak 2025 di sini, hari ini. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

Menurut beliau, kesihatan pergigian merupakan aspek penting dalam memastikan kesejahteraan menyeluruh rakyat dan tidak seharusnya dipandang ringan.

“Melalui program seperti ini, usaha mendidik masyarakat tentang penjagaan gigi dan mulut dapat diperluaskan secara lebih inklusif, selari dengan agenda kesihatan awam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Minggu Promosi Kesihatan Gigi Peringkat Sarawak 2025 di sini, hari ini.

Program yang bertemakan ‘Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian’ itu bertujuan memupuk kesedaran awal tentang kepentingan penjagaan mulut dan gigi, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Oleh Adi Safarman