Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiada kes positif dilaporkan semalam
  • SEMASA

Tiada kes positif dilaporkan semalam

Utusan Sarawak 5 years ago
UGGAH bercakap pada sidang media perkembangan harian Covid-19 di Kuching semalam.

KUCHING : Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes baharu positif Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kekal sebanyak 557 kes.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terdapat satu kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah sembuh dan discaj seramai 534 orang atau 95.87 peratus.

“Sementara itu, seramai 18 orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan lapan kes masih menunggu ujian makmal,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini semalam.

Menurut Uggah, seramai 98 orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin, menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 15 buah hotel adalah seramai 679 orang.

Manakala seramai 16,051 PUS pula telah tamat menjalani tempoh kuarantin.

Semalam, sebanyak 18 lokasi operasi nyahcemar telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menjadikan bilangan kumulatif di Sarawak adalah sebanyak 1,045 lokasi.

Sementara itu, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah menjalankan operasi nyahcemar di 36 lokasi.

Oleh Sheila Zaidi

Continue Reading

Previous: Covid-19: Jumlah kumulatif 8,494 kes
Next: Mesyuarat Pertama MA63 bincang isu minyak, gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.