Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Thailand isytihar 15 hari berkabung atas pemergian Puteri Bajrakitiyabha
  • GLOBAL

Thailand isytihar 15 hari berkabung atas pemergian Puteri Bajrakitiyabha

Utusan Sarawak 4 hours ago

THAILAND isytihar tempoh berkabung negara selama 15 hari susulan kemangkatan Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati, dengan bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh institusi kerajaan bermula Jumaat (12 Jun).

BANGKOK: Thailand pada Jumaat mengisytiharkan tempoh berkabung negara selama 15 hari susulan pemergian Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati, dengan bendera dikibarkan separuh tiang di institusi kerajaan di seluruh negara bermula Jumaat (12 Jun).

Jurucakap Kerajaan, Ratchada Thanadirek berkata langkah itu diputuskan dalam mesyuarat khas Kabinet selepas para menteri dimaklumkan mengenai pemergian puteri berkenaan oleh Biro Istana Diraja.

Beliau berkata Kabinet turut mengarahkan penjawat awam, kakitangan syarikat milik kerajaan dan pegawai kerajaan supaya mematuhi tempoh berkabung itu, selain menggalakkan orang ramai melakukan perkara sama.

Menurutnya, langkah berkabung itu berkuat kuasa serta-merta, dengan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengarahkan semua agensi berkaitan memastikan istiadat pengebumian diraja dilaksanakan dengan penuh penghormatan serta mengikut tradisi diraja.

“Perdana Menteri Anutin turut memberikan penghormatan kepada puteri berkenaan dan mengetuai menteri Kabinet bertafakur sejenak bagi mengenang sumbangannya kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Ratchada berkata sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Anutin akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelia semua aspek urusan pengebumian termasuk pentadbiran istiadat, pembinaan krematorium diraja, komunikasi awam dan keselamatan.

“Agensi kerajaan juga dikehendaki menugaskan pegawai untuk menghadiri dan memberi penghormatan sepanjang upacara bacaan doa pengebumian diraja dalam tempoh berkabung selama 100 hari,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Kebudayaan menerusi Jabatan Seni Halus akan menyelia protokol istiadat dan pembinaan krematorium diraja, manakala Kementerian Dalam Negeri serta Pentadbiran Metropolitan Bangkok akan menganjurkan aktiviti peringatan bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada puteri mendiang.

Tambahnya, Jabatan Perhubungan Awam dipertanggungjawabkan mempromosikan tugas diraja dan sumbangan puteri berkenaan termasuk menerusi bahan berbahasa Inggeris yang diselaraskan dengan Kementerian Luar.

Terdahulu, Biro Istana Diraja mengumumkan bahawa Puteri Bajrakitiyabha, 47, anak sulung Raja Maha Vajiralongkorn, meninggal dunia dengan tenang di Hospital Chulalongkorn pada 7.48 malam Khamis ketika menerima rawatan.  

Puteri Bajrakitiyabha menerima rawatan di Hospital Memorial Raja Chulalongkorn sejak Disember 2022 selepas rebah akibat masalah berkaitan jantung ketika melatih anjing peliharaannya di daerah Pak Chong, wilayah Nakhon Ratchasima. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas Presiden Yoon dihukum penjara 30 tahun bagi kes pencerobohan dron
Next: Pesawat dari Taiwan lakukan pendaratan cemas di Hokkaido

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.