Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Terus sokong UCA Sarikei sebagai platform bangunkan komuniti Cina
  • Tengah
  • WILAYAH

Terus sokong UCA Sarikei sebagai platform bangunkan komuniti Cina

Utusan Sarawak 2 months ago
UNTUK ALBUM… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama ahli-ahli Jawatankuasa UCA Bahagian Sarikei di Wisma UCA, hari ini. Foto UKAS

SARIKEI: Persatuan Cina Bersatu (UCA) Bahagian Sarikei menerima suntikan semangat bagi terus menjalankan aktiviti tahunan apabila menerima peruntukan bernilai RM30,000 di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Peruntukan tersebut telah diumumkan oleh Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, yang mana ia juga bertujuan memperkukuh peranan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai tonggak perpaduan dan pembangunan komuniti Cina di Sarikei.

Beliau berkata, persatuan tersebut bukan sahaja memperjuangkan hak masyarakat, malah ia juga menjadi jambatan kerjasama antara pelbagai persatuan dalam memajukan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

“Persatuan ini bukan sekadar platform mempertahankan hak komuniti tetapi turut memainkan peranan penting menyatukan pelbagai persatuan demi manfaat bersama. 

“Saya akan terus membantu persatuan serta komuniti Cina di Sarikei agar terus maju seiring dengan pembangunan negeri,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu UCA Penggal Ke-20 (2022-2025) di Wisma UCA Sarikei, hari ini. 

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas usaha berterusan kerajaan Sarawak dalam memajukan Sarikei, seperti pelaksanaan projek Jalan Pasi ke Tanjung Manis. 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan Marudi jana rezeki untuk peniaga
Next: Kekalkan bot tambang di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.