Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Terus proaktif jalankan peranan jaga keamanan
  • Selatan
  • WILAYAH

Terus proaktif jalankan peranan jaga keamanan

Utusan Sarawak 5 months ago
ANGGOTA SRS Taman Harmoni Orkid diketuai oleh Hajimalie Morshidi terus proaktif melakukan rondaan bagi menjaga keselamatan taman perumahan.

SIMANGGANG: Skim Rondaan Sukarela (SRS) berperanan amat penting dalam memastikan keselamatan kesejahteraan dan keharmonian komuniti termasuk membantu keberkesanan usaha pihak keselamatan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SRS Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Harmoni Orkid terus proaktif menjalankan peranannya dalam menjaga keamanan mengurangkan kadar jenayah di kawasan itu.

Pengerusi KRT Taman Harmoni Orkid, Hajimalie Morshidi berkata keselamatan sesebuah kampung atau taman perumahan sebenarnya bergantung kepada kerjasama semua penduduk.

“Pelaksanaan SRS ini misalnya adalah salah satu platform penting bagi mewujudkan semangat kerjasama di antara semua penduduk pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 10 anggota SRS Taman Harmoni Orkid termasuk Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek telah melakukan rondaan di sekitar taman perumahan tersebut biarpun keadaan cuaca tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Hajimalie berkata operasi rondaan bermula pada jam 10 malam sehingga 12.30 pagi itu secara keseluruhannya keadaan di taman perumahan berkenaan masih lagi selamat dan terkawal dengan pihaknya tidak mengesan sebarang aktiviti tidak berfaedah menerusi rondaan tersebut.

“Pihak SRS Taman Harmoni Orkid akan terus melapor kepada pihak polis sekiranya terdapat aktiviti jenayah yang dikesan menerusi operasi yang dijalankan ini.

“Saya berharap operasi rondaan SRS ini akan dapat membantu pihak polis membendung berlakunya kejadian jenayah dan penduduk taman perumahan dapat memberikan kerjasama kepada kami,” katanya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lampu isyarat CH6+750 Sibu Jaya kini beroperasi
Next: DBKU sediakan aset untuk berdepan banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.