Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Teruja masa operasi sempadan dilanjutkan
  • WILAYAH

Teruja masa operasi sempadan dilanjutkan

Utusan Sarawak 2 months ago
SIBUK… Sekitar keadaan yang sesak di sempadan Brunei dan Mengkalab, Trusan.

LIMBANG: Penduduk Utara Sarawak menyambut baik langkah Brunei yang melanjutkan masa operasi di Pos Kawalan Sempadan Imigresen dari 10.00 malam hingga 12.00 tengah malam bermula hari ini hingga 6 April kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang berkata, lanjutan masa sehingga 12.00 tengah malam itu melibatkan Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan Pandaruan Limbang, Pos Kawalan Sementara Labu Mengkalab Trusan, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah Tedungan Limbang dan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh Miri.

“Bagi penduduk di Bahagian Limbang, kita berterima kasih kepada kerajaan Brunei Darussalam kerana bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembukaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Tedungan, Pandaruan mahupun Mengkalap hingga 12.00 tengah malam.

“Saya percaya ini akan lebih memudahkan masyarakat kita di Limbang, Lawas dan juga sekitarnya untuk urusan keluar masuk terutama musim perayaan Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Limbang Sempena Hari Raya, semalam.

Terdahulu, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Brunei Darussalam bersetuju untuk memberi kebenaran bagi permohonan pelanjutan tempoh masa operasi pos kawalan sempadan imigresen bagi Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Pos Kawalan Sementara Labu, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah dan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh hingga 12.00 tengah malam bermula 26 Mac hingga 6 April ini.

Continue Reading

Previous: Nelayan trauma, cedera disambar Sang Bedal
Next: Penduduk kampung baiki sendiri jalan rosak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.