Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Terpaksa guna bot alih keranda
  • WILAYAH

Terpaksa guna bot alih keranda

Utusan Sarawak 2 months ago
MISI KECEMASAN… Anggota bomba membantu mengalihkan keranda susulan Jalan Rantau Kemiding di Kanowit dilanda banjir, petang tadi.

KANOWIT: Bantuan bot penyelamat pasukan bomba digunakan untuk membawa keranda berisi mayat meredah banjir berikutan Jalan Rantau Kemiding dinaiki air, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan pada 3.32 petang tadi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi mendapati Jalan Rantau Kemiding, dinaiki air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan yang digunakan untuk menghantar keranda berisi mayat,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Komander operasi mengarahkan anggota bomba bersama ahli keluarga mendiang untuk memindahkan keranda berisi mayat ke dalam bot penyelamat bomba.

“Keranda berisi mayat dibawa melalui Sungai Kanowit ke Rumah Joseph di Rantau Kemiding.

OLEH AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Ular sawa tersangkut jaring pukat berjaya ditangkap
Next: Kecekalan, kesabaran guru pelatih PPDK wajar dipuji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.