Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Terkini: Mangsa banjir di Bintulu kembali meningkat
  • SEMASA

Terkini: Mangsa banjir di Bintulu kembali meningkat

Utusan Sarawak 3 months ago

Terkini: Mangsa banjir di Bintulu kembali meningkat

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat dengan 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di beberapa bahagian.

Setakat 12.00 tengah malam tadi, jumlah mangsa terkini dilaporkan seramai 4,540 orang daripada 1,462 keluarga, meningkat berbanding 4,341 mangsa yang direkodkan pada 8.00 malam tadi.

Bahagian yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Bintulu, yang kini menempatkan 1,725 mangsa berbanding 1,612 sebelum ini.

Miri turut mencatatkan peningkatan daripada 917 kepada 961 mangsa, manakala Mukah merekodkan peningkatan daripada 575 kepada 614 mangsa. 

Sibu juga mengalami sedikit pertambahan daripada 1,173 kepada 1,176 mangsa.

Secara keseluruhan, Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan lima PPS aktif, diikuti oleh Sibu dengan enam PPS dan Miri dengan tujuh PPS.

Mukah pula mempunyai empat PPS aktif yang masih beroperasi, sementara Sarikei dan Samarahan masing-masing mempunyai satu PPS yang menempatkan 13 dan 51 mangsa.

Sementara itu, beberapa bahagian seperti Kuching, Serian, Betong, dan Kapit telah menutup semua PPS mereka, menunjukkan keadaan banjir semakin pulih di kawasan tersebut.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Banjir: Jumlah mangsa di kawasan tengah Sarawak pula naik
Next: Jumlah mangsa banjir di Sarawak bertambah 165 orang, jumlah terkini 4,705 individu terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.