Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Terjejas banjir: Lima kakitangan UKAS di Bintulu, Miri terima bantuan sumbangan  
  • Utara
  • WILAYAH

Terjejas banjir: Lima kakitangan UKAS di Bintulu, Miri terima bantuan sumbangan  

Utusan Sarawak 3 months ago
AWANG Putrayusrie bersama kakitangan UKAS pada Majlis Perjumpaan Pegawai Lapangan (Zon Utara dan Selatan) Siri 1 Bil. 1/2025 bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Miri, semalam. Foto UKAS

MIRI: Seramai lima kakitangan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang terjejas akibat banjir di Bintulu dan Miri telah menerima bantuan sumbangan Kelab Kebajikan Kakitangan UKAS, baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan pada majlis Perjumpaan Pegawai Lapangan (Zon Utara dan Selatan) Siri 1 Bil. 1/2025 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Dalam ucapan ringkas, Awang Putrayusrie berkata, sumbangan kecil tersebut bertujuan meringankan beban ditanggung kelima-lima kakitangan yang terjejas itu.

Awang Putrayusrie turut berharap kesemua penerima bantuan bersabar dalam menempuh musibah akibat bencana alam tersebut.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ops Khas Gempur Teknikal: 56 notis dikeluarkan daripada 358 kenderaan diperiksa   
Next: Pelajar bina asas berdasarkan minat menerusi penubuhan 40 kelab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.