Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM5,000
  • WILAYAH

Dua penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM5,000

Utusan Sarawak 2 years ago

DIREMAN... Anggota SPRM membawa dua penguat kuasa (dua, lima dari kanan) yang direman kerana disyajki menerima sogokan RM5,000. Foto SPRM

MIRI: Dua pegawai penguat kuasa sebuah agensi ditahan remanĀ  tiga hari sehingga Sabtu ini kerana disyaki menerima sogokan daripada ejen pekerja warga asing di sini.

Kedua-dua suspek berusia 37 dan 51 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Miri kira-kira 3.00 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Miri.

Menurut sumber, sogokan berjumlah RM5,000 itu diterima sebagai dorongan untuk membantu menyeludup keluar warga asing yang disenarai hitam.

Katanya, wang sogokan itu dimasukkan ke dalam akaun bank dua suspek tersebut.

Mahkamah Majistret Miri semalam memerintahkan kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi selepas menerima permohonan SPRM.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Bajet 2023: Fokus perkukuhkan sosioekonomi rakyat menerusi pembangunan
Next: Hasil perolehan pendapatan Majlis Daerah Limbang cecah RM3 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.