Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tengku Permaisuri Selangor berangkat tiba di Kuching
  • SEMASA

Tengku Permaisuri Selangor berangkat tiba di Kuching

Utusan Sarawak 6 months ago

Keberangkatan tiba Tengku Permaisuri Norashikin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. Kredit foto JaPen Sarawak.

KUCHING: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selamat berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini untuk memulakan lawatan selama tiga hari.

Keberangkatan tiba baginda menggunakan pesawat khas kira-kira jam 11.50 pagi disambut oleh isteri kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Puan Sri Fatimah Mohamad Iskandar. 

Tengku Permaisuri Norashikin dijadual berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Ekspo Kraf Borneo dan Persidangan Antarabangsa 2024 (BCG2024) di Waterfront Hotel, esok.

Pada sebelah petang hari sama, baginda turut berkenan mengadakan lawatan ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh. 

Pada Khamis, baginda dijadualkan berangkat ke Pusat Vokasional Industri (PVI) Songket Sarapride bertempat di Penjara Puncak Borneo sebelum meneruskan program ke Kek Lapis Warisan Sdn Bhd. 

Pada sebelah petang pula, agenda kunjungan baginda ke Kuching diteruskan dengan lawatan persendirian ke Ekspo Antarabangsa Kraf Borneo manakala pada sebelah malam, menghadiri Majlis Makan Malam BCG2024. 

Tengku Permaisuri Norashikin dijadualkan berangkat pulang pada Jumaat jam 12.40 tengah hari. -EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: Hujan lebat naikkan paras air Sungai Rajang
Next: 315,809 koperasi berdaftar catat perolehan cecah RM64.4 bilion  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.