Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tangguhkan Bazar Ramadan 2020
  • TEMPATAN

Tangguhkan Bazar Ramadan 2020

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Penganjuran bazar Ramadan tidak sesuai diadakan pada tahun ini susulan penularan wabak Covid-19.

Arzimy Safian, 24, berkata wabak Covid-19 telah menjadi mimpi ngeri seluruh penduduk dunia.

“Kita sedia maklum, ketiadaan bazar Ramadan pasti memberi impak kepada peniaga-peniaga kecil.

“Saya cadangkan supaya peniaga ini memanfaatkan aplikasi penghantaran makanan atas talian bagi mengelak kerugian mereka,” katanya.

Peniaga perlu menyediakan platform perniagaan maya seperti laman sosial facebook, WhatsApp dan sebagainya.

“Hal ini bagi memastikan tiada perhimpunan sosial berlaku sekali gus menjaga kesihatan dan keselamatan semua,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut Nurhaziq Nurhisam, 23, pula bazar Ramadan di Sarawak perlu ditangguhkan tahun ini sehingga Covid-19 benar-benar pulih.

“Kalau negara 100 peratus pulih, barulah kita adakan bazar Ramadan.

“Saya rasa, pada tahun ini tidak perlulah bazar Ramadan,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: Lima pasar tamu masih ditutup
Next: Keselamatan dan kebajikan pelajar UNIMAS diutamakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.