Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh: Laluan utama dari Belaga ke Bintulu tidak dapat dilalui   
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanah runtuh: Laluan utama dari Belaga ke Bintulu tidak dapat dilalui   

Utusan Sarawak 3 months ago

BELAGA: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Jiwa Murni di sini, pagi tadi, menyebabkan laluan utama dari pekan Belaga ke bandar Bintulu tidak dapat dilalui.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 10.31 pagi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati tanah runtuh tersebut telah menutup laluan sepenuhnya. 

“Orang awam terpaksa membuka laluan sementara di tepi jalan untuk membolehkan sebuah kereta melintas.

“Pihak JKR Daerah Belaga turut hadir di lokasi dan memaklumkan bahawa mereka akan menyediakan jalan alternatif secepat mungkin selepas melakukan penilaian terhadap keadaan tanah runtuh itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, kejadian tersebut akan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Bencana Daerah Belaga untuk tindakan lanjut.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Loji Rawatan Air Lingga dinaik taraf sistem akut bernilai RM4.9 juta
Next: Anggota IPD Sibu pergiat rondaan berkala di kawasan ‘hotspot’ sekitar bandar   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.