Projek PPRT perlu dilaksanakan dan tidak terus tertangguh – Gerawat Gala

Facebook
WhatsApp
GERAWAT Gala mempergerusikan mesyuarat Penyelaran Projek Rakyat Termiskin.

MARUDI: Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Rumah Jambu Long Terawan yang telah lama tertangguh diberi perhatian bagi memastikan isu berkaitan dapat diselesaikan dan projek berkenaan diteruskan hingga siap.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, berkata perkara itu dibincangkan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Projek PPRT Rumah Jambu Long Terawan yang dipengerusikannya, semalam.

Menurutnya, antara isu yang dikenal pasti ialah peningkatan kos projek, khususnya bagi memastikan peruntukan sedia ada mencukupi untuk melaksanakan projek berkenaan sehingga siap sepenuhnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata demikian menerusi hantaran di aplikasi WhatsApp.

Beliau mengesa semua pihak berkaitan untuk melihat perkara ini secara menyeluruh dan mencari penyelesaian yang praktikal serta segera supaya projek  ini tidak terus tertangguh.

Katanya bagi masyarakat pedalaman sebuah rumah bukan sekadar struktur fizikal tetapi merupakan tempat berlindung, ruang membina keluarga dan simbol kehidupan yang lebih baik.

Menurut beliau kerajaan Sarawak akan terus berusha memastikan projek-projek yang  memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya golongan memerlukan di kawasan pedalman dapat dilaksanakan dan disiapkan dengan sebaiknya.

Kita mahau setiap peruntukan yang disediakan akhirnya diterjemahkan kepada manfaat yang benar-benar dirasai oleh rakyat, tambahnya.

Oleh Jiku Juguong

Bomba tangkap ular sawa dalam reban ayam

BINTANGOR, 24 Oktober: Kehadiran seekor ular sawa di dalam reban ayam di Jalan Muhibah mencetuskan kebimbangan penghuni pada malam kelmarin.

Adinda Sultan Terengganu mangkat

KUALA TERENGGANU, 24 Oktober: Adinda Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, iaitu Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Almarhum Sultan