



SARIKEI: Kejadian tanah runtuh berlaku di Rumah John, Jalan Meruton dekat sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.49 pagi tadi.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati tanah runtuh berlaku di hadapan rumah panjang tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pasukan bomba memasang tali sawar-sawar di sekitar kawasan tanah runtuh tersebut.
“Penduduk rumah panjang dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, kemungkinan tanah runtuh berlaku lagi sekiranya hujan berterusan.
“Pasukan bomba mengambil maklumat berkenaan kejadian tanah runtuh tersebut untuk tindakan selanjutnya dari jawatankuasa pengurusan bencana.
“Operasi di lokasi selesai sepenuhnya pada 11.35 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek