Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tahan azab hampir dua jam
  • SEMASA

Tahan azab hampir dua jam

Utusan Sarawak 5 years ago
TELITI… Anggota Bomba berusaha memotong cincin pada jari telunjuk kanan mangsa.

SARATOK: Seorang lelaki menahan sakit hampir dua jam selepas dua bentuk cincin tersekat di jari telunjuk kanan dan membengkak sebelum datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok untuk mendapatkan bantuan, semalam.

Ketua Balai Bomba Saratok, PPgB Nazry Mohamat berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Hilir Kabong itu bertindak datang sendiri ke BBP Saratok dan meminta anggota bomba memotong cincin yang tersekat di jari telunjuk kanan beliau.

“Tindakan operasi yang dilakukan oleh anggota bomba adalah dengan melaksanakan tindakan kecemasan menggunakan ‘Ring Cutter’ untuk memotong cincin yang tersekat di jari mangsa.

“Jari mangsa sudah membengkak dan kembang jadi pada mulanya agak sukar juga kerana anggota kami perlu berhati-hati takut akan menyebabkan kecederaan lain yang lebih serius.

“Operasi memotong cincin bermula pukul 12.12 tengah hari.

“Alhamdulillah… cincin dapat dipotong dalam tempoh lapan minit selepas itu dan selamat,” ujarnya.

Sebaik cincin berjaya dipotong dan dikeluarkan dari jari, mangsa seterusnya dirujuk ke Hospital Saratok untuk mendapat rawatan lanjut.

Continue Reading

Previous: Pelajar baru pulang akan dikuarantin
Next: Agong berkenan adakan sidang video

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.