Sze Fei-Nur Izzuddin rangkul juara Terbuka AS 2023

Facebook
WhatsApp
Sze Fei-Nur Izzuddin meraih AS$16,590 (RM77,562), susulan kemenangan dilakar mereka tahun ini selepas muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya merangkul gelaran pertama mereka tahun ini selepas muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023, malam tadi.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu, hanya memerlukan 30 minit untuk mengetepikan cabaran pasangan pilihan ketujuh kejohanan dari Taiwan, Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen, 21-9 dan 21-10 pada aksi final yang berlangsung di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa.

Terbuka AS ini merupakan kejohanan pertama buat pasangan ke-53 dunia itu, selepas mereka berpisah pada Februari tahun ini, dan kembali bersama bulan lepas.

Kemenangan ini sekali gus menyaksikan mereka memecah kebuntuan tanpa gelaran selama lebih setahun selepas kali terakhir ia dilakukan pada Terbuka Jerman 2022, apabila menewaskan pasangan dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 23-21, 16-21, 21-14.

Sze Fei-Nur Izzuddin meraih AS$16,590 (RM77,562), susulan kemenangan dilakar mereka manakala naib juara Fang-Chih-Fang-Jen, memperoleh AS$7,980 (RM37,308). – Bernama

Kai Wun-Roy King juara Masters Korea

KUALA LUMPUR: Strategi Malaysia dalam acara beregu lelaki membuahkan hasil apabila pasangan Tee Kai Wun-Yap Roy King muncul juara Masters