Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Surau Kampung Hilir Sri Aman adakan program Maulidur Rasul 
  • Selatan
  • WILAYAH

Surau Kampung Hilir Sri Aman adakan program Maulidur Rasul 

Utusan Sarawak 7 months ago

Hadirin di Surau Kebahagian Kampung Hilir, Sri Aman.

SIMANGGANG: Jawatankuasa Pengurusan Surau Kebahagian Kampung Hilir di sini telah mengadakan program ceramah agama malam tadi sempena sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M.

Pengerusi suraunya, Mas Mashor Maslem berkata, penganjuran program itu bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa kecintaan dan sayang dalam kalangan umat Islam di sini terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW.

“Perjuangan yang direntas Rasulullah dalam menyebarkan dakwah Islamiah tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Untuk itu, sebagai tanda manifestasi seorang umat terhadap pemimpin paling agung sepanjang zaman, maka kami mengadakan program ini bagi mendekatkan diri kepada Rasulullah SAW bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul,” katanya.

Bagi menjayakan program ini, pihaknya mengundang Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman, Ustaz Syaifullah Ismail untuk menyampaikan ceramah berjudul ‘Ibrah Perjalanan Hidup Nabi SAW’.

“Di sebalik meraikan hari kelahiran Nabi SAW, pelaksanaan program ini juga secara tidak langsung akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan umat Islam di Kampung Hilir dan sekitarnya.

“Justeru, diharap agar program seperti ini dapat diadakan semula pada sambutan Maulidur Rasul tahun depan demi menyemai rasa cinta terhadap junjungan Nabi dari semasa ke semasa,” katanya.

Hadir sama Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak, Muhammad Abdullah; Penghulu Rosli Ana, urus setia JAKIM Sarawak, pihak Jabatan Agama Islam Sri Aman dan Ahli Jawatankuasa Surau Kebahagian Kampung Hilir.

Continue Reading

Previous: Program periksa, agih cermin mata untuk murid B40 dijadikan acara tahunan
Next: Komposisi kepelbagaian kaum di Baram lambang perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.