Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan Yayasan Bintulu Port, UPMKB keseluruhan RM25,000 kepada mangsa banjir  
  • Tengah
  • WILAYAH

Sumbangan Yayasan Bintulu Port, UPMKB keseluruhan RM25,000 kepada mangsa banjir  

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu hari ini untuk melihat keadaan mangsa banjir yang sedang berlindung di PPS berkenaan.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainudin Abang Turkey, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad, serta wakil-wakil agensi kerajaan dan syarikat berkaitan.

Semasa lawatan tersebut, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM25,000 daripada Yayasan Bintulu Port yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Ruslan Abdul Ghani kepada Datu Nyurak Keti. 

Di samping itu, Ruslan turut menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Profesor Dr Shahrul Razid Sharbini untuk membantu mangsa banjir di kawasan kampus tersebut.

Bantuan berupa barang keperluan asas juga disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS berkenaan sebagai sebahagian daripada program Bintulu Port Prihatin.

Dalam lawatan itu, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar turut berkesempatan berinteraksi dengan mangsa banjir di PPS dan memberikan sokongan moral, menyeru mereka agar tabah menghadapi dugaan ini. 

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan kompleks GIATMARA Limbang rancak dilaksanakan
Next: Tiong jamin usaha pemulihan pasca banjir dipergiat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.