Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Subsidi petroleum dijangka hampir RM40 bilion tahun ini – MOF
  • SEMASA

Subsidi petroleum dijangka hampir RM40 bilion tahun ini – MOF

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka menanggung subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini berikutan kenaikan harga minyak dunia yang dipacu oleh ketegangan geopolitik dan konflik Asia Barat, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Menurut MOF, kerajaan telah menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95 dan diesel pada Januari dan Februari 2026, sebelum melonjak kepada kira-kira RM5 bilion sebulan pada Mac dan April 2026.

“Sekiranya harga pasaran semasa ini kekal, kerajaan dijangka akan menanggung jumlah subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion bagi tahun 2026,” menurut MOF dalam jawapan bertulis bertarikh 30 Jun yang dikeluarkan di laman sesawang Parlimen.

Kementerian itu menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berhubung jumlah terkini peruntukan untuk subsidi petrol dan diesel.

Menurut MOF, peningkatan jumlah subsidi ini membolehkan warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas layak menikmati petrol RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 sen seliter. 

“Bekalan petroleum negara ketika ini kekal stabil dan mencukupi,” menurutnya.

MOF memaklumkan Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh langkah keterjaminan bekalan untuk tempoh jangka panjang dan subsidi bersasar ketika krisis bekalan global masih berlarutan.  – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SPA terus tambah baik kaedah pengambilan penjawat awam – Pengerusi
Next: Pesara Mukah diperdaya pelaburan AI, rugi lebih RM914,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.