Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Street Apam Balik, jajan manis pemikat selera
  • INSPIRASI

Street Apam Balik, jajan manis pemikat selera

Utusan Sarawak 4 hours ago
APIK menuang aduan ke dalam acuan apam balik. Foto Ryza Kamil

KUCHING: Tanpa pernah merancang untuk menjadi usahawan apam balik, namun rezeki menemukan pasangan suami isteri, Shariffudin dan Asmeela dengan perniagaan kuih tersebut sehingga kini mereka berjaya mengusahakan gerai sendiri.

Menurut Asmeela, idea untuk memulakan perniagaan itu tercetus pada Februari 2023 selepas Shariffudin terkesan dengan pengurangan kakitangan di syarikat tempatnya bekerja sebelum ini.

Daripada pampasan yang diterima, suaminya mengambil langkah berani untuk mencuba perniagaan sendiri.

ADUNAN apam balik dituangkan dengan teliti ke dalam kuali panas, menghasilkan tekstur lembut dan aroma yang membangkitkan selera.

“Pada awalnya sekadar ingin mencuba sesuatu yang baharu, selain mendapat galakan daripada sahabat yang turut menjalankan perniagaan sama,” katanya ketika ditemui di KCBS Ambak Market di pekarangan pusat beli-belah The Hills, Sabtu lepas.

Beliau berkata, perniagaan tersebut mula dijalankan sejak Februari 2023 dengan lokasi asal di Warong 2000, Tabuan Tranquility.

Dalam pada itu, resipi apam balik yang digunakan merupakan resipi turun-temurun yang diwarisi daripada saudara rapat, selain turut mendapat tunjuk ajar daripada ahli keluarga.

Menurutnya, keunikan apam balik yang diusahakan mereka terletak pada kepelbagaian perasa yang ditawarkan.

TABURAN kacang melimpah di atas apam balik yang sedang masak, menambah keenakan.

“Street Apam Balik menyediakan lebih lapan jenis perasa menarik yang menjadi tarikan pelanggan,” jelasnya.

Antara perisa yang paling mendapat sambutan ialah keju nutella, keju coklat dan keju jagung.

Mengulas mengenai cabaran, Asmeela mengakui perniagaan street food tidak terlepas daripada pelbagai dugaan dari segi operasi harian dan persaingan.

APAM balik sudah masak,

Sementara itu, beliau menegaskan aspek kualiti dan rasa sentiasa diberi keutamaan bagi memastikan kepuasan pelanggan.

“Kami sentiasa menjaga kuantiti dan kualiti bermula daripada bancuhan sehingga proses memasak. Paling penting, bahan tidak boleh dikurangkan supaya rasa kekal konsisten,” katanya.

Street Apam Balik menawarkan harga berpatutan, bermula dari RM4.00 hingga sekitar RM12 bergantung kepada pilihan topping. Terdapat juga pilihan campuran bagi mereka yang ingin mencuba lebih daripada satu rasa.

AWISH memotong apam balik yang sudah siap dimasak.

Bagi yang ingin tambahan, pelanggan boleh menambah kacang dengan sedikit caj. Kepada yang berminat untuk menempah boleh menghubungi 0175461663.

Selain itu, gerai tersebut turut menawarkan Kue Monas, walaupun beberapa variannya dilaporkan tidak tersedia buat masa ini.

Menerusi harga mesra poket serta pilihan yang pelbagai apam balik, Street Apam Balik sesuai dijadikan pilihan snek santai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Kepak Running Club satukan belia, suburkan gaya hidup sihat dan perpaduan komuniti
Next: Dari padang bola ke dapur Makkah, Hairuddin Omar sajikan rasa Malaysia untuk jemaah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.